Permohonan Untuk Menjadi Pegawai Kadet UPNM
Semua calon yang berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), calon boleh mengemukakan permohonan untuk menjadi Pegawai Kadet UPNM kepada Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan mulai bulan Disember setiap tahun.
Calon-calon akan ditemuduga berdasarkan kepada keputusan peperiksaan percubaan SPM. Temuduga akan dijalankan di seluruh Malaysia oleh Kementerian Pertahanan pada bulan Januari hingga Mac setiap tahun.
Permohonan boleh dibuat dengan menghantar dokumen-dokumen yang telah disahkan dari salinan asal seperti berikut ke alamat di bawah :
- Salinan Percubaan SPM 2010
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil Lahir
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
- Salinan Sijil Kokurikulum
- Sampul surat berukuran 20sm x 28sm beralamat sendiri dan bersetem 50 sen. (Sila catatkan di sebelah kiri sampul surat pilihan anda samada Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Udara Diraja Malaysia)
Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota, Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian : Sel C)
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan pengambilan Pegawai Kadet UPNM,
Tarikh tutup permohonan : 10 Januari 2011
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK DI SINI

Comments (0)