Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda menjadi mangsa skim piramid dan mlm menipu seperti ini?

seperti yang dijanjikan, aku nak share satu komen dari blogger kepada blog pilihan aku tadi..
hurm..komen nyer agak panjang, so rasenye lebih seswai dibuat satu entry khusus untuk mereka yang berkenaan
so..enjoy!
ini datang nya dari fendy..
Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda menjadi mangsa skim piramid dan mlm menipu seperti ini?
Jika anda mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti pengambilan wang secara haram atau urus niaga mata wang asing secara haram atau anda sendiri adalah mangsa kepada aktiviti atau skim haram seumpamanya tersebut , sila hantar maklumat lanjut atau aduan anda beserta dengan dokumen berkaitan kepada Bank Negara Malaysia seperti berikut:
Alamat:
Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faksimili: 03-26987467
E-mel: upkinfo@bnm.gov.my
Kami juga boleh dihubungi di nombor telefon yang berikut:
Tel.: 03-2691 5090 / 2698 4163 / 2691 0824 / 2692 6482 / 2694 214
Kenal pasti MLM itu menipu atau tidak. Mudah sahaja, pergi di website KPDN dan klik disini-
terus saja semak samada company yang ingin disertai itu ada AJL atau tidak. Sebenarnya nama MLM dirosakkan oleh sindiket yang menggunakan topeng MLM, sebenarnya mereka ini skim cepat kaya, skim piramid.
Saya tidak menghukum puak-puak sebegini, tapi kalau dah terang-terang tiada dalam list KPDN engkau orang nak join juga terpulang. Paling mudah nak kesan bila mereka guna ayat-ayat sebegini,”Labur duit tunggulah sebulan dua duit kamu akan berganda, tidak perlu cari downline, tidak perlu jual barang, goyang kaki sahaja.” Memang best bisnes macam ini, tabur duit lepas itu goyang kaki duit masuk dengan mudahnya. Aku tetap dengan pendirian konvensional aku, MLM tulen perlu company profile yang kuat, marketing plan yang adil dan boleh difahami dan produk yang perlu dijual dengan usaha dan strategi yang betul.
so dalam hal MLM nie..aku bukan arif sangat..tpi ape yang pasti ini salah satu cara kepada orang2 yang dah ditipu oleh mereka yang menipu tue..
Comments (0)